Monday, 2 November 2015



Definisi SSO 

Single sign-on (SSO) ialah satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang berkaitan tetapi tidak bergantung di antara satu sama lain. Dengan ciri ini, seorang pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang dibenarkan akses tanpa perlu log masuk secara berasingan untuk setiap sistem.

Objektif 

Objektif SSO adalah untuk: 

membolehkan pengguna mengakses semua sistem KPM yang telah diberi kebenaran akses kepadanya dengan hanya menggunakan satu login ID dan password.

Kumpulan pengguna 

Pengguna yang diberi kebenaran untuk menggunakan kemudahan SSO adalah pengguna KPM. Senarai sistem yang terlibat adalah seperti di Lampiran 1. Senarai ini akan ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan. Sebagai langkah keselamatan, hanya pengguna yang berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan (no KP) sahaja akan dapat menggunakan kemudahan ini. Semua ID yang menggunakan kod sekolah, kod PPD atau kod JPN tidak akan dapat menggunakan kemudahan ini. KPM akan terus mengemaskini senarai sistem yang dibangunkan SSO dan memaklumkan pihak sekolah dari semasa ke semasa.

URL SSO 

URL untuk SSO KPM ialah:  https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php

Muat turun manual SSO : di sini

Sila daftar SSO anda melalui sistem e-operasi di sini

Contact

SK Rantau Panjang
Batu 12, Jalan Karak,
28 500 Lanchang,
Pahang Darul Makmur.
Code: CBA7010

Tel/Faks : 09-2803199

Email : Admin : web@skrp.edu.my

Terkini...

Lagu Sekolah

Salam 1 Malaysia

MAKLUMAT TERKINI/PENGUMUMAN:

Permohonan ke Tahun Satu bagi ambilan 2019 dan 2020 akan dibuka pada 1 Mac 2018 sehingga 30 April 2018. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri Semenanjung Malaysia (Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan adalah melalui sekolah secara manual.)

Manakala pendaftaran secara atas talian bagi kemasukan ke Prasekolah Tahun 2019 pula,

Popular

SKRP di YouTube